Salam kepade semua!!! kowang penah tengok x gamba-gamba kowang waktu kecik-kecik sampai lah ke besar..hurmm, menarik kan..camne ciptaan Allah ni, bername manusia, berubah dari kecik hingge ke dewase, bukan dari segi fizikal je, tapi jugak mental. Pelik kan, dari seorang yang baik boleh berubah jadik seorang yang jahat, begitu jugak sebaliknye. Kalo nak diikutkan memang banyak faktor,sebab, keadaan, situasi yang menyebabkan seseorang itu berubah dari segi fizikal dan mentalnye. Faktor Genetik juge memainkan peranan penting dalam perubahan tingkahlaku dan ciri-ciri seseorang itu..sejauh mane sejibiknye perlakuan itu ngan orang-orang terdahulu, wallahualam. Tetapi, bagi pendapat persendirian, persekitaran, menyebabkan perubahan berlaku kepade seseorang itu, lebey kurang 'survival of the fittest' la.
Persekitaran di sekolah, di rumah, di pejabat, dan dimana-mana sahaje; mampu merubah perlakuan, mental, dan juga fizikal seseorang itu. Contohnye cam adik lelaki aku, waktu die berumur 7-13 tahun, die sangat la bulat dan Gemok. sampaikan aku suke melempang-lempang perot beliau. Apebile je die duduk asrama selame beberape bulan, badan die jadi kurus dan percakapan die semakin matang (sikit laa).hahaaa... aku boleh bajet itu semua terjadi sbb aku kan abang..hihihi.. sebenarnye aku dah berpengalaman duk kat asrama, tu yang aku leh bajet adik aku jadi mcm tu. so no wonder laa.
Bagi aku plak, dari kecik lagi aku ni seorang yang kecik, pendiam dan x suke bergaul ngan orang lain. Mungkin sebab aku terlalu rendah diri sebab aku kecik. Ye lah, takkan nak meninggi diri pulak kalo dah tau awak tu rendah, kan kan. haaa, alkisah, aku dapat 5 A dalam UPSR, bermulalah transformasi mental sewaktu di MRSM Kuala Klawang. Aku menjadi semakin berani, aku memberontak untuk menjadi seseorang yang orang hormati, aku mencabar diri sendiri menjadi lebih berani...lalu aku menjadi chimpanzi< --aku melawak je la.
Bagi diri aku, persahabatan,kawan-kawan dan persekitaran banyak mengubah diri aku. Aku banyak belajar dari kawan-kawan, tentang budaye, bahase dan skill-skill. Ape yang baik aku ambik, yang x baik lak aku cube perbaikkan. Alhamdulillah, semua kawan-kawan aku banyak membantu aku dalam transformasi diri ni..walaupon mereke tak sedar.
Dah macam-macam member-member aku jumpe, dan aku amat menghargai erti persahabatan tu sendiri. Biaselah manusia, kadang-kadang member-member ni pon ade mengguris hati kite. Tu semuakan lumrah kehidupan. Yang penting kene pandai bergaul dan cari kawan-kawan.
Dari seorang yang nerd aku melalui transformasi melalui penampilan aku plak..adess..aku rase aku ni banyak terpengaruh le....tetapi semakin aku mengubah penampilan diri aku aku menjadi semakin,berani..menjadi..orang lain..
Tapi aku da tak kisah ape org nak cakap, sebab aku ade lah aku ketika ini, aku mampu mengubah diri aku menjadi lebih baik, dari semalam.
"no matter who I am, I'll always be me, no matter how much I've changed outside"
-hargai member yang menghargai anda, kerana dowanglah yang anda ade waktu hari susah kelak- peachhh!
P/s: Kpade member-member yang aku da lost contact..tolongg la contact balik..wuwuwuw especially, member dari PLKN!
0 comments:
Post a Comment