PROTOTYP3-X

Tempat untuk semua..ehh ape aku ngarut?hahaha

hurm, kalo nak cite pasal robot, aku rase terlalu banyak idea kat otak aku ni pasal robot<--tapi semuanye camdosh..hahah. k lah, kali ni aku nak kongsi ngan kowang salah satu idea yang aku telah kluarkan ketike kat UPM dulu. hahaha, maybe some of the posting word here sound silly but, just ignore it if you don't understand it ok.

Def-pet: cero; merupakan ciptaan awal aku yang berani mati (sebab ni projek akhir semester kowt) yang aku telah usulkan dekat Lecturer aku. Pade mulenye dowang tergelak terbahak-bahak dan berguling-guling di atas lantai,namun setelah aku tunjuk muke siyes macam kat sebelah tu, dowang teros senyap dan beri aku peluang untuk meneruskan projek tersebot.




Secare amnye projek aku diberi tajuk Def-Pet:Cero. Def-Pet merupakan singkatan kepada Defender Pet atau dalam bahase Malaysia nye, Haiwan Penjaga (macam pelik lak bunyinye) . Jadi Cero tu merupekan name versi haiwan tersebut. Cero, atau cerberos, merupakan haiwan mitos greek, anjing neraka yang berkepale tiga. <---ceyh time tu name nak gempakk..hahaha.jadi, aku teroskan la projek tu.

Selame 6 bulan aku bertungkus lumus menyiapkan projek ni. Tibe-tibe, dwet plak kekeringan. Mane aku nak cekup time-time camni? dah la projek x siap lagi. haa waktu ni la aku mengelabah katak. So, atas jasa baik membe-membe, aku pon ngan muke tanpe segan silu nye pinjam la duit. Alhamdulillah, siap gak projek aku.




ok, mengikut logik akal aku waktu tu, idea defpet ni tercetus kerana dengan isu-isu keselamatan yang sering diungkitkan ketika tu. Budak hilang, kecurian, bunuh dan rompakan menyebabkan aku berfikir, "kenape aku tak buat je bodyguard yang boleh dipercayai; yang tak akan mati; yang x kan perabihkan beras; yang tak tido, dan juge yang tak haram disisi agame" kataku berseloroh. jadi tercetuslah kembangan idea yang seterusnye apebile aku melihat anime Digimon,dgan Pokemon. lalu aku berkata "yaaa, ni lah yang aku cari selama ini!".


Jadi def-pet ni merupakan haiwan jagaan yang dilengkapi dengan A.I (artificial intelligence) dan mampu untuk menurut segala arahan yang tuan die berikan. Dilengkapi dengan motion trackker, Internal HD-cam, Heat-sensor,Metal sensor dan juga kebolehan untuk ditambahkan alat-alat lain (customizable) telah membuatkan Haiwan robotik ini sangat berguna dari segi kawalan keselamatan Individu. katakanlah kite mempunyai anak kecil, mahupon adik-adik yang masih berumur 12 tahun kebawah dan ingin bermain diluar, jadi robot ini mampu diprogramkan untuk menjaga mereka ketika di luar dan HD-cam berupaya menyiarkan secara langsung tindakan dan keadaan sekeliling anak kite.
Jadi kita tidak perlu terlalu risau, dan katakanlah, jika ada seseorang ingin menculik mahupun menyerang anak kite, robot tersebut mampu mengeluarkan renjatan elektrik yang boleh melumpuhkan penyerang tersebut.

Itulah sedikit sebanyak tentang robot ni. Jadi, aku rase mungkin robot ini mampu dihasilkan secare realitinya ;walaupon bukan dalam mase terdekat, tapi aku yakin robot macam ni akan memenuhi pasaran dunia pada masa akan datang. we just have to wait for the time to come. Buat mase ni, kowang bergantunglah pada binatang peliharaan kowang seperti Anjing bagi yang bukan Islam, Kucing, Kambing, Kerbau, hatta Lipan sekalipon bagi menjaga rumah kowang. Jika kowang menyayangi mereka, percayalah, mereka akan tolong anda dalam kesusahan kelak<---tolong tengok je laaa..hahahaha

P/s: Time kasih pade pensyarah ngan membe-membe atas sokongan kowang.!

0 comments:

Geng -Geng!

ONLINE Skunk!

Tentang Blog ni!!!

cuma sekadar blog biase yang dipenuhi dengan pelbagai mende. kitenye aku kalo boleh nak taruk semua bende dalam ni la. kalau kowang nak download ke ape ke dipersilekan lah ehh..hohohoho

Labels

Iklan Cambesh!

Jom Borak!


Shoutbox widget

LaGu CambesH