tajuk post kali ni x de kene mengene pown..ade la kowt.."best" dari segi lain..
okeh, kali ni aku nak ceritekan cerite yang agak sadis..
Assalamualaikum sume..
setelah lame aku meninggalkan arena blogging selame..um...lebey kurang 5 bulan ni, aku telah kembali semula di sini; tetapi yang berbezanya sekarang aku sudah bekerjaya...hehehe.. aku bukan lagi budak hingusan seperti waktu-waktu dulu.
ramai yang mengatakan aku lemah, lembik, toyol, babun air dan hantu busut..tetapi itu dulu..sekarang aku lebih bersedia untuk menghadapi hari-hari yang mendatang dan melintang...
perkara yang membuatkan aku berenti kejap buat blog ni betul-betul menguji aku sebagai manusie..masalah keluarge, ditinggalkan kekasih, betul-betul telah mengubah aku..tetapi alhamdulillah, aku masih mempunyai kewarasan diri dan mampu untuk berfikiran sebagai org Islam, hari-hari yang aku tempuhi telah berlalu dan walaupun masih lagi mempunyai masalah, tapi aku dah ade satu konsep yang aku tanamkan kat kepale hotak aku ni iaitu "lekkk arr broooo..." ..bukan beruk tapi brooo... so aku quite happy sekarang...lebih-lebih lagi aku telah ditemukan kembali dengan seseorang yang suatu ketika dulu aku amat benci dan menyampah tengok die dalam kelas..sebab die suke beta. kowang tau tak beta tu ape? beta tu melawan cakap laa...adoiyaii..tu pon tak tau, wat penat tangan aku je menaip.okeh, kembali kepade story. Jadi, minah yang aku menyampah ni, sekarang merupakan orang yang support aku skarang; orang yang sentiase berade disamping aku waktu aku memerlukan seseorang...so, conclusion post kali ini..." live ur life to the fullest!" you'll never know what lies in front of you unless you find it out..so chill out! and be thanxful to our CREATOR okeh!!
* next post will be about "how I fall in luv wift my enemy (pembuli aku zaman sekola)"